Friday, October 29, 2010

Usaha saya bagi meningkatkan tahap profesionalisme dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bidang yang di pohon ialah dengan membuat strategi yang berkesan bagi memastikan apa yang di ajar meninggalkan kesan mendalam pada pelajar.Contohnya mengadakan pertandingan nyanyian solo dan koir setiap tahun. Ini menimbulkan minat kepada pelajar dan acara ini sentiasa di tunggu-tunggu.Latihan yang berkesan telah di terapkan kepada pelajar.Contoh latihan vokal,berkumpulan dan pengalaman-pengalaman muzikal yang lain.Dari penglibatan seperti inilah telah meningkatkan kemahiran saya.

Bagi meningkatkan ilmu pengetahuan saya dalam Pendidikan Muzik, saya juga telah menjadi Ketua Hakim dan Hakim bagi beberapa pertandingan nyanyian. Contohnya, pertandingan nasyid sama ada secara kumpulan dan solo. Pada pertandingan nasyid peringkat zon dan negeri, saya telah mempelajari cara-cara meghasilkan lagu dan membuat lirik-lirik lagu yang lebih berkualiti Ini penting untuk pertandingan-pertandingan yang akan saya dan pelajar-pelajar saya sertai kemudian.

Untuk meningkatkan kredbiliti saya dan Pendidikan Muzik di sekolah ini, saya juga telah menubuhkan Kelab Muzik. Pelajar-pelajar telah didedahkan cara bermain alat muzik dan mengenali Muzik Tradisi pelbagai kaum. Kelab saya juga sering mengadakan lawatan-lawatan ke pertandingan-pertandingan tertentu.Ini penting untuk meningkatkan keyakinan diri kepada pelajar-pelajar. Pengalaman yang di perolehi amat bernilai. Kita di nilai dari segi pengalaman yang kita ada. Jadi amat penting perkara ini dalam meningkatkan tahap kepakaran seseorang itu.

Di dalam kelas, saya lebih menitik beratkan Teori Muzik. Pada saya teori muzik akan membentuk pelajar yang lebih memahami muzik. Ini akan meningkatkan gred muzik pelajar-pelajar saya. Apabila di sekolah menengah nanti, mereka lebih bersedia jika memilih mata pelajaran Pendidikan Muzik.Teori muzik juga dapat meningkatkan tahap kecekapan saya membaca not dan saya lebih memahami tanpa merujuk terlebih dahulu.

Bagi meningkatkan lagi ke tahap yang lebih baik.Saya telah menghasilkan sebuah Galeri Muzik 1 Malaysia. Di dalam galeri ini terdapat berbagai-bagai jenis alat muzik yang terdapat di Malaysia. Info terkini dan suasana yang kondusif dapat memberikan pengetahuan kepada murid-murid dan masyarakat setempat. Ia juga menjadi tempat rujukan dan maklumat kepada pelajar-pelajar universiti dan guru-guru muzik di sekitar Daerah Bentong mahu pun daerah lain.

Saya juga sering menghadiri persembahan-persembahan muzikal. Contohnya Kemuncak Seni di Universiti Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim. Banyak ilmu yang dapat saya timba dari pengalaman seperti ini. Saya juga bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran Pendidikan Muzik ke tahap yang lebih tinggi. Banyak kali saya sudah mengisi borang untuk melanjutkan pelajaran. Namun mungkin di sebabkan keadaan fizikal saya yang kurang sempurna,semuanya gagal. Namun saya tetap akan berusaha untuk mencapai impian saya dalam meningkatkan tahap profesionalisme bidang yang saya minati ini. Kebanyakan ilmu yang saya perolehi, saya teroka sendiri di internet, bertanya kepada pakar-pakar di dalam bidang muzik dan melibatkan diri dalam aktiviti muzik yang boleh menambahkan ilmu.

Pengumpulan maklumat tentang kepakaran dalam Pendidikan Muzik adalah amat penting. Saya sering membuat rujukan,kajian dan berbincang dengan kawan-kawan yang berminat tentang muzik. Ini adalah amat penting demi meningkatkan tahap kecekapan dan ilmu pengetahuan.Ini terbukti apabila saya di lantik menjadi hakim atau tempat rujuk oleh seseorang yang memerlukan.

Saya juga menyahut cabaran dalam memantapkan ilmu dan kebolehan dalam meningkatkan tahap profesionalisme saya. Contohnya saya telah menjadi Ketua Panitia Pendidikan Muzik di sekolah. Selama 4 tahun menjadi ketua panitia di sekolah. Banyak ilmu pergurusan yang saya dapat. Ini memberi ruang untuk saya mengasah sifat kepimpinan. Pada tahun 2010,saya telah dilantik menjadi Ketua Panitia Pendidikan Muzik Daerah Bentong.Satu pencapaian yang amat baik untuk kerjaya saya dan bidang muzik yang saya cintai ini.

No comments:

Post a Comment