Sunday, April 21, 2013

Apa itu Hati...

Susah ye nak jaga hati orang lain...namum yang paling susah nak jaga hati sendiri...isteri marah kerana segala usaha dari tahun 2005 sampai sekarang berkecai bergitu sahaja.Peranan dari mula dan peranan sekecilnya tidak di hargai oleh orang lain...Abang...abang yang bertukus-lumus buat kerja senang-senang je orang lain yang dapat nama.Padahal abang yang buat semua ni...wang ringgit,tenaga,masa abang,semua ye.Saya rasa sampai masanya abang lupakan semua yang abang dah korbankan.Sedar-sedar le abang...tak sampai berapa hari dan masa membantu terus dapat semua ye pada dia...tahun depan aku janji tak kan buat dah semua ini isteri ku...sampai masa keluarga lebih penting dari semua ini.SEKIAN...walaupun banyak yang aku nak tulis namun...aku tak berdaya...

Friday, April 12, 2013



























Alhamdulilah pembuka bicara...pada Festival Nasyid KPM daerah Bentong sekolah saya telah merampas kembali piala pusingan dari SK Tun Fatimah...kami juara semila pada 2013 kali ini.Apa yang menarik ialah jalan cerita usaha kami pada tahun ini.Tahun ni cadang-cadang ye tidak mahu meryertai.Guru besar pun beri keputusan pada saya mahu masuk atau tidak terpulanglah pada saya.Balik rumah fikir punya fikir saya rasa cuba le berlatih dahulu.Cuti seminggu penggal pertama saya dan anak murid pun berlatih.Saya buat lagu pertama dan kedua.Setelah selesai cuti seminggu saya telah menyerahkan latihan kepada guru pratikum kerana saya mahu menumpukan kepada kertas kerja krusus dan tugasan-tugasan yang lain,kerana minggu itu ada kelas.(saya masih belajar)sebenar ye kami berlatih tak sampai sebulan.Dalam 2 minggu lebih je,alat muzik pun pakai yang lama,baju dah 3 tahun tak bertukar,cuma pandai2 le guna,memang tak harap pun nak menang.namun yang luar biasa ye murid-murid saya pada hari kejohanan,Memang terbaik harmoni dan gaya persembahan.Akhirnya kami sekali lagi di nobatkan johan daerah bentong pada 2013.Tahun ni peringkat negeri akan di adakan di Bentong.Alahai banyak le kerja.baju pun tak buat bau ni.Doakan kejayaan kami k.Sekian