Sunday, January 31, 2010

Sunday, January 24, 2010

In adalah gambar-gambar latihan pada 24-04-2010.Kali ni sambutan di luar dugaan.Boleh tahan juga kesungguhan mereka.Mereka aku cadangkan untuk mengadakan persembahan pada hari Mesyuarat PIBG pada bulan 3 nanti.


Jangan segan untuk menuntut ilmu.



Tepuk jangan malas,biar sakit di tangan jangan sakit untuk belajar.









Bekas pelajar di lantik sebagai tenaga pengajar pada tahun ini.






Izzmer antara ahli lama kelab kompang.



Fidaus berbaju biru di beri tanggungjawad sebagai ketua perintah.



Pelajar perempuan yang semakin meminati seni tradisional warisan melayu (kompang).



Tekun dan berdisplin



Pelatih muda,lingkungan umur ada yang darjah satu.




Wednesday, January 20, 2010

Lagu ni sering membakar semangat saya sebagai seorang pendidik

BIARKU MENJADI LILIN

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Di saat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari dan kau terus mendaki
Aku senang di sini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersemput
Ku rawat hingga sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan di hati
Walaupun sering kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Monday, January 18, 2010



Naib Pengerusi Kelab Muzik Adik Asraffiddin Bin Mohd Shukri

Sunday, January 17, 2010

Tarikh 17-01-2010.Kelab Muzik bermula dengan latihan kompang pada pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.Antara aktiviti yang di jalankan ialah pemilihan ahli jawatan kuasa bagi kelab kompang.Pemilihan berjalan lancar.




Friday, January 15, 2010

Kemungkinan Sekolah Kebangsaan Mempaga 02 di lantik sebagai Pengerusi Panitia daerah Bentong pada tahun 2010 ini.

Thursday, January 14, 2010

Laporan terkini:

Berikut adalah senarai nama bekas ahli kelab muzik dan senarai sekolah mereka di Tingkatan Satu:

1.Ayob Syah-Sekolah Menengah Kampung Sertik.Mendapat tawaran ke SMK Sulaiman namun tidak berminat untuk ke sana.

2.Amirul Amer-SMK Sertik.

3.Fakaruddin-SMK Seri Bentong,memohon perpindahan dari SMK Sertik ke SMK Seri Bentong.

4.Naufal Alif-TAHAP Jerantut.

5.Aidil Hakimi-SMA Dong Raub.

6.Faizul-SMK Sertik.

7.Firdaus Hindzir-Tahfiz Bentong.

8.Iman-SMK Sertik.

9.Adam-SMK Sertik.

10.Nawi-SMK Sertik.

Tuesday, January 12, 2010

Pada bulan 11 dan 12 baru-baru ni kelab muzik sibuk dengan aktiviti berkompang di sekitar daerah Bentong dan Temerloh,Saya pulak sibuk dengan urusan Persatuan Orang-Orang Cacat daerah Bentong.Tahun baru ni kelab muzik sedang merancang untuk membuat perancangan tahunan 2010.