Wednesday, April 18, 2012

TEKNIK BERMAIN KOMPANG


TEKNIK PERMAINAN KOMPANG
TEKNIK PERMAINAN KOMPANG
Pegang kompang dengan sebelah tangan sementara sebelah tangan lagi memukulnya. Kompang boleh dimainkan secara duduk atau berdiri. Pada asasnya, kompang menghasilkan dua bunyi iaitu ‘pak’ dan bunyi ‘bung’. Pukulan ‘pak’ mestilah lebih berat daripada bunyi ‘bung’.

Bunyi ‘pak’ dihasilkan apabila bahagian tengah kompang dipalu dengan tapak tangan sambil jari tangan terbuka. Kekuatan bunyi adalah hasil daripada pukulan tapak jari. Untuk menghasilkan bunyi yang tepat, sentuh tapak ibu jari dan jari anak mendahului jari yang lain semasa memukul. 

 
Bunyi ‘bung’ dihasilkan apabila bahagian tepi permukaan kompang iaitu 1/3 daripada permukaan dipukul dengan jari. Manakala kesemua jari berkeadaan tertutup semasa membuat pukulan.  Sila rujuk posisi dan cara memegang kompang. 

POSISI PEMAIN KOMPANG
Permainan ini dipersembahkan secara beramai-ramai atau ensembel. Biasanya dimainkan oleh kira-kira 10 hingga 20 orang. Posisi pemain semasa persembahan kompang adalah sama ada secara duduk atau berjalan sambil berarak.


Susunan Pemain Kompang
 
Terdapat tiga paluan digabungkan untuk menghasilkan paduan bunyi yang berharmoni. Tiga kumpulan paluan tersebut dipanggil Melalu, Meningkah dan Menyilang.

Fungsi paluan ini adalah seperti berikut;
•    Kumpulan Melalu memainkan rentak asas.
•    Kumpulan Menyilang memainkan rentak silihan (up beat) kepada pukulan Melalu.
•    Kumpulan Meningkah menjadi penghias rentak yang  dimainkan paluan antara kumpulan Melalu dan Menyilang.

Setiap persembahan kompang terdiri dari tiga bahagian pukulan iaitu;
•    Pukulan ‘Mula’ untuk memainkan sesebuah lagu
•    Pukulan lagu dan
•    Pukulan ‘Mati’ untuk mengakhiri sesebuah lagu.

PENJAGAAN
Kompang dalam simpanan seharusnya dikendurkan permukaannya. Sebelum memulakan permainan kompang, permukaannya perlu ditegangkan dengan sedak. Kompang yang basah seharusnya dijemur sehingga kering supaya tahan lebih lama. 

Semasa dalam simpanan juga, kompang perlu diletakkan dengan berkeadaan muka kompang bertindan dengan permukaan lain dan disusun di rak atau almari yang sesuai. Ini untuk mengelakkan kerosakan muka kompang apabila ditindani oleh baluh kompang.

PENALAAN
Penalaan kompang bertujuan untuk meninggikan ton bunyi kompang dan menegangkan permukaannya dengan  menggunakan sedak. Sedak boleh dibuat daripada rotan atau wayar plastik. Sedak  ditolak dengan kayu sedak di sekeliling bahagian dalam, di antara baluh dan belulang kompang. 




Wednesday, April 4, 2012


Acara ni Sumbangan PIBG di bawah YDP PIBG EN Anuar Darus kepada Guru Besar Sk Mempaga 2 yang baru iaitu Puan Tuan Rasidah Binti Tuan Mat...2 buah kerusi roda untuk kegunaan murid-murid pendidikan khas dan murid-murid yang memerlukan,