Friday, October 29, 2010

HARAPAN DAN WAWASAN SEBAGAI GURU CEMERLANG

Sebagai Guru cemerlang dan guru kurang Upaya apa yang saya harapkan ialah ia boleh meningkatkan semangat dan minat saya dalam bidang perguruan ini.Lebih-lebih lagi sebagai guru pendidikan Muzik yang berjaya.Tidak ramai guru-guru di kalagan kita memilih opsyen Pendidikan Muzik sebagai pilihan.Boleh kita lihat di manakah hala tuju Pendidikan Muzik di Malaysia.Di maktab guru yang opsyen Pendidikan Muzik,apabila keluar dari maktab ramai yang tidak terus mengajar Pendidikan Muzik.Ini kerana kurangnya minat dan cintakan opsyen tersebut.Jadi perlulah guru pakar dan Guru Cemerlang opsyen yang berminat untuk mempertingkatkan opsyen tertentu.

Apa yang saya harapkan lagi ialah supaya,menjadi contoh kepada rakan-rakan sejawat,murid-murid dan masyarakat.Guru Cemerlang harus menjadi rujukan daripada yang memerlukannya.Terutama bidang kepakaranya.Saya juga merasakan Guru Cemerlang boleh memberi sumbangan kepada sekolah,daerah dan negeri atau pun di kawasan setempat.

Saya juga berharap jika di calonkan sebagai guru Cemerlang ia akan menguatkan lagi keyakinan diri saya.Keyakinan amat penting untuk kita lebih maju dan berwawasan.Banyak lagi perkara yang saya harus gapai dalam meningkatkan kecemerlangan diri.Ini juga penting untuk meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.

Selain daripada itu kita haruslah jujur.Ia juga meningkatkan pendapatan kita.Serba sedikit pendapatan tersebut boleh mengerakkan agenda Pendidikan Muzik sekolah saya.

Wawasan saya adalah menjadikan sekolah saya sebagai tempat rujukan opsyen pendidikan Muzik.One Stop Centre kepada guru-guru Pendidikan Muzik di daerah mahupun di peringkat negeri.Ia juga boleh menjadi tempat bermaklumat untuk pelajar sekolah atau pun pelajar universiti kos berkenaan.Contohnya projek Galeri Muzik 1 Malaysia yang saya usahkan sekarang.

Keduanya ia juga boleh melahirkan masyarakat yang celik muzik.Sesiapa pun tahu menyanyi,namun mereka tidak memahami teknik-teknik sebenar dalam nyanyian.Boleh di katakan sebilangan murid-murid dapat bermain alat-alat muzik,contohnya gitar.Tetapi mereka tidak memahami apa yang mereka sebenar lakukan.Di sinilah guna guru yang berpengalaman dalam menerapkan unsur muzik atau teori yang betul kepada mereka.Peranan ini seharusnya di rujuk kepada Guru cemerlang di dalam Pendidikan muzik.

Ketiganya,Guru cemerlang adalah contoh baik kepada pelajar dan bekas pelajarnya.hal ini kerana guru yang cemerlang dapat menjadi rol model kepada pelajar untuk menjadi lebih cemerlang.

Ketiganya,guru Cemerlang boleh melahirkan pelajar yang mempunyai keyakinan dan sahsiah diri yang baik.Contohnya,wawasan pelahirkan modal insan telah di wujudkan dengan penglibatan Pendidikan Muzik.Di sekolah saya telah wujudkan kelab kompang dan kelab nasyid.murid-murid belajar berdispilin,berdikari, dan nilai-nilai kemanusiaan yang baik.Dari program ini,boleh di katakan pelajar-pelajar sudah pandai berdikari,berdisplin dan meghormati sesama sendiri mahupun masyarakat.

Wawasan seterusnya Guru cemerlang juga di jadikan panduan.Contohnya menjadi hakim di peringkat daerah,negeri dan kebangsaan.saya sudah acap kali menjadi hakim di peringkat tertentu.Jika tercalon sebagai Guru Cemerlang ini akan menguatkan lagi identiti saya sebagai guru muzik yang bagus dan berkualiti.

No comments:

Post a Comment