Thursday, June 20, 2013

RENUNGAN
Seseorang pendidik muzik di Malaysia harus merenungkan tentang sejauh manakah pendidikan muzik telah maju di negara kita setakat ini. Mari kita merenungkan beberapa soalan berikut:


1. Apakah yang kita dapat perhatikan dengan secara kasar tentang keadaan pendidikan muzik di Malaysia pada masa ini?


2. Adakah kanak-kanak kita kelihatan begitu rela untuk bernyanyi secara spontan dengan yakin dan baik?


3. Adakah kanak-kanak bersikap cerewet dalam selera muzikal mereka?


4. Adakah kanak-kanak sekolah didapati menyanyikan lagu-lagu KBSR sewaktu menaiki bas atau berada di rumah?


5. Pernahkah kita dapat melihat kanak-kanak meniup rekoder di rumah atau semasa mereka menunggu bas sekolah?


6. Dapatkah kanak-kanak membaca dan menulis notasi muzik yang mudah setelah mengikuti program muzik KBSR selama enam tahun?


                                                                                           (Johami Abdullah)
                                                                                                                             Pendidikan Muzik Semasa 1993

No comments:

Post a Comment