Friday, October 29, 2010


INOVASI


Inovasi yang dapat di hasilkan ialah murid-murid di sekolah ini pelajar celik muzik.Apabila saya sampai di sekolah ini saya telah meningkatkan pendidikan muzik sebagai opsyen yang memberikan sumbangan kepada sekolah,zon,daerah dan negeri.Murid-murid sudah boleh menyanyi dengan baik.Mereka boleh menyanyi dengan iringan muzik.Selalunya tempo adalah kegagalan pada mereka.Namun dengan cara yang telah di beri oleh saya.Corak nyanyian mereka berubah.Tempo,kejelasan sebutan,harmoni,pernafasan,pengeluaran suara,pic dan sebagainya telah berjaya menghasilkan nyanyian yang baik.Contoh pada tahun 2007.Pada pertandingan nasyid peringkat daerah Bentong.Pasukan nasyid sekolah saya hanya menduduki tempat keempat.setelah latihan vocal di buat.pada tahun 2008,kami buat julung-julung kalinya menjadi johan daerah Bentong.Pada peringkat negeri mendapat tempat ketiga.Seterusnya ,tahun 2009 masih johan daerah bentong.Di peringkat negeri mendapat tempat keempat.Inovasi pembahuruan pengeluaran suara ini telah Berjaya di hasilkan.Inilah kejayaan yang Berjaya di capai.

Dari segi lagu.Murid-murid sudah megenal lagu-lagu rakyat,lagu tradisional,lagu luar dan sebagainya.Saya juga mengenalkan mereka dengan budaya-budaya melalui lagu.Satu pengetahuan am yang tidak akan di peroleh di mana-mana.

Dari segi kemahiran genderang atau bermain alat muzik.Saya juga telah mengajar mereka cara-cara bermain alat-alat muzik tertentu.Contohnya kibob.gitar.kompang dan conga,bongo dan sebagainya.hasinya mereka pandai bermain alat-alat perkusi nasyid,seperti darbuka,tamborin,shaker dan sebagainya.Walaupun asing bagi mereka namun kini ia menjadi hobi dan menimbulkan minat mendalam pada jiwa mereka.Contohnya pertandingan kompang selawat peringkat daerah 2009.Kami telah berlatih pada 2008,hasilnya kami menjadi johan daerah bentong dan mendapat tempat kedua di peringkat negeri.

Antara perubahan di bawa adalah pertandingan koir atau nyanyian solo sempena sambutan Kemerdekaan.Melalui pertandingan ini.Banyak bakat-bakat terpendam telah Berjaya di cungkil melalui program ini.Ini akan melahirkan pelajar-pelajar yang berkeyakinan dan cintakan lagu-lagu patriotik tanahair.inovasi seperti ini amat penting untuk melaksanakan program 1 malaysia iaitu perpaduan.Contohnya pada tahun 2006 pertandingan koir antara kelas.2007 pertandingan solo.2008 pertandingan koir semula di adakan.Manakala pada tahun 2009 pertandingan solo sekali lagi.Banyak unsur-unsur patritisme di beri kepada murid-murid.

No comments:

Post a Comment