HIDUPKU SEBAGAI PENDIDIK
PENULISAN CERPEN PAHIT MANIS DI BUMI TOK GAJAH
SEMPENA HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN BAGI TAHUN 2010
Aku bukanlah secerdik mana seperti yang orang lain sangkakan sekarang .Di sekolah aku hanyalah pelajar biasa, yang tidak pernah difikirkan oleh guru aku ketika itu, apa tah lagi bercita –cita untuk menjadi seorang guru mahu pun untuk menjadi pelajar yang berjaya.Tiada di dalam angan-angan ku langsung.Namun menjelang usiaku 19 tahun aku diterima menjadi seorang guru walaupun kelulusanku ketika itu tidaklah seberapa.Mungkin itulah yang dikatakan rezeki dari Allah S.W.T atas sikapku yang tidak pernah cemburu di atas kejayaan orang lain.Doaku hanyalah untuk menjadi orang yang berguna demi masa depanku sendiri dan memenuhi harapan keluarga.Tapi bergunakah aku sekarang?
Aku mula bertugas sebagai guru sandaran tidak terlatih di Sekolah Menengah Khatolik Bentong.Selama 6 bulan aku menjadi guru di sekolah tersebut.Cabarannya sebagai guru di sana cuma sikap murid-murid yang hampir sebaya dengan aku.Maklumlah guru muda.Aku hanya mampu geleng kepala dengan sikap nakal mereka.Kadang-kadang susah untuk menasihati jiwa remaja mereka.Aku hanya bermotor dari rumah ke sekolah.Hampir 25 kilometer setiap hari,berpanas dan berhujan sudah menjadi rutin harian ku.
Masuk bulan keenam, aku telah menerima tawaran dari Maktab Perguruan Seri Pinang Pulau Pinang.Aku hanya mampu tersenyum dengan tawaran itu.Setahu aku ramai yang memohon,hingga entah beberapa kali mereka mencuba .Aku bersyukur kerana hanya sekali aku memohon terus berjaya.Bermulalah kehidupan aku sebagai guru pelatih di Maktab Perguruan .
Ketika dimaktab aku seperti pelatih yang lain,bercita-cita untuk menjadi guru yang baik.Tapi tak ku sangka,ibarat pepatah Melayu mengatakan ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari.Pada semester akhir aku mengalami kemalangan.Jatuh dari pokok rambutan,mungkin kelakar bagi sesiapa yang mengenali siapa diriku.Dari seorang yang normal aku menjadi seorang yang kurang upaya.Dari seorang yang periang dan aktif bersukan menjadi pendiam dan tidak berdaya.
Keupayaan ku menjadi terbatas dan sentiasa memerlukan bantuan orang lain untuk bergerak .Aku mula menyalahkan diriku sendiri.Ketika di hospital aku melalui kepayahan hidup sebagai orang kurang upaya.Ketika itu aku merasakan duniaku semakin kelam,sepi dan tidak berguna.Kata-kata doktor yang aku lumpuh dari paras pinggang ke bawah dan tidak akan mampu untuk duduk sepanjang hidupku juga memusnahkan semangatku.Ketika itu kesedihan menyelubungi keluargaku kerana aku merupakan anak sulung yang menjadi harapan kedua orang tuaku.
Keadaan ibuku yang tengah mengandung ketika itu sentiasa membuat ku lagi sedih.Bayangkanlah dalam keadaannya yang masuk 7 bulan dia terpaksa bergerak ke sana ke sini untuk memberikan semangat pada ku.Pernah suatu ketika aku dan ibu sama-sama menangis mengenangkan apa yang telah berlaku.Saudara-mara yang berada di hospital turut sama menangis.Namun mereka tetap memberikan semangat kepada aku dan ibu.
Untuk pengetahuan pembaca semasa kejadian itu aku baru 3 bulan bertunang.Kemalangan ini juga berlaku di rumah tunangan ku.Ibu tunangan ku, menyuruh aku untuk memanjat pokok rambutan tersebut.Aku hanya menurut arahan,maklumlah bakal ibu mertua.Tak kan nak cakap tak nak pula.Kebetulan pada masa itu bulan puasa.
Kemalangan ini menambahkan hiba pada diri ku dan keluarga.Orang lain sibuk menjalani ibadat puasa dan sibuk dengan persiapan hari raya.Manakala aku pula dan keluarga sibuk di hospital.Tahun itu aku dan keluarga beraya di hospital le gamakya.Aku lihat ibu dan ayah berbuka puasa di tepi katil sahaja.Kesian aku melihat keadaan kedua orang tua ketika itu, yang tidak pernah meninggalkan aku walaupun sehari.Ayah! maafkan aku kerana tak pandai menjaga diri dan menyusahkan mu.Ibu! kau buatku menangis melihat dirimu yang sedang sarat mengandung, menjaga aku di hospital tanpa jemu.Membersihkan diri ku,menjaga makan minum ku,memberi semangat atas keruntuhan jiwaku,boleh di katakan semua yang berdaya dan tak terdaya kau lakukan untuk ku. “Besarnya dugaan mu Ya Allah.”
Tiga buah hospital menjadi tempat persinggahan ku selama 3 bulan.Hospital Taiping,Hospital Ipoh dan terakhir Hospital Kuantan.Terima kasih pada jururawat,doktor dan kakitangan Roadcare yang memberikanku kata -kata semangat.
Malam raya takbir bergema.Aku meraikannya bersama keluarga.Hanya linangan air mata ibu bersama takbir yang bergema di malam raya.Pagi esok keadaannya agak mengembirakan.Sanak saudara semuanya ke hospital berhari raya.Kurang lah rasa sedih di jiwa.Tapi satu janji dalam hati kecil ku,lain kali aku tak mahu lagi berhari raya di hospital.Lagu raya berkumandang mengusik jiwa.
Dua tahun aku hanya menyepikan diri di rumah.Tiada lagi kawan-kawan yang bertandang ke rumah menjengahku .Teman ku yang setia adalah keluarga dan budak-budak yang hampir sebaya dengan adikku. Pelbagai usaha yang ayahku, lakukan untuk mencari sumber kewangan dengan menjual rumah dan tanah di kampung untuk membiayai segala keperluan perubatan ,sama ada perubatan hospital mahupun perubatan tradisional.
Tidak lama kemudian aku sekali lagi di uji Allah S.W.T,ikatan pertunangan ku terputus di tengah jalan.Sejak aku mengalami kemalangan, aku tidak lagi berhubung dengan tunangku.Aku tidak mahu tunang ku merasa beban.Apalah yang ada pada diri ini.Biarlah ku lepaskan dia pergi, untuk hidup dengan insan yang lebih baik.Mungkin suatu hari nanti dia menemui insan yang lebih sempurna dan menyintai dirinya.Itulah yang aku harapkan.Semoga hidup mu lebih baik dari hidup dengan insan cacat seperti ku.Tak sanggup aku untuk menceritakan kisah pertunangan ini.Biar lah ia menjadi rahsia diri antara kami.Terlalu peribadi untuk ku luahkan.
Aku berusaha untuk berjalan.Semua perabot dan tingkap rumah ku paut untuk berdiri.Namun, semuanya gagal.Aku hanya mampu menangis di malam hari.Itu sahaja yang mampu ku lakukan.Sahaja ku sorokkan tangisanku ini dari ibuku.Aku tidak mahu dia sedih melihat diri ini.
Ketika aku merasakan kehidupan ku semakin kelam,datang sinar harapan dengan kedatangan Datuk Seri Hishamuddin bekas Menteri Pelajaran Malaysia dalam kempen Pemuda masuk kampung.Bermula cakap-cakap orang kampong yang mengatakan pasal partilah, aku boleh sambung semula pengajian ku.Tapi aku tidak peduli pun.Segelintir orang kampong mula mengumpat dan mengata tentang diriku.Aku bermula pratikum di sekolah di Felda tempat ku.Tiada apa yang menarik untuk aku nak ceritakan macam mana aku pratikum di sini.
Selepas pratikum aku menunggu jawapan dari Kementerian Pelajaran.
Aku mula bertugas buat kali pertama sebagai Guru kurang upaya di Sk. Jabor ,sekolah estet yang tiada kemudahan untukku sebagai seorang guru kurang upaya.Tapi aku tetap bersyukur.Walaupun aku sebegini namun,kepercayaan yang di beri akan ku balas.
Memang aku boleh meminta pertukaran ke kampong ku semula,namun aku redha dan aku cuba membuktikan diri ku boleh menjaga diri sendiri di tempat orang.Ketika ini aku mula hidup sendiri tanpa keluarga.Aku mula belajar hidup dengan orang yang tidakku kenali .Aku tinggal di rumah guru, yang menempat 3 orang guru yang lain.Ketika tinggal di sana aku terpaksa mengesot setiap hari untuk mandi kerana tandas dan bilik air di rumah berada di bawah.Aku bernasib baik kerana aku ditemukan dengan seorang sahabat yang baik bernama Azrul.Dialah yang sentiasa membantu ku.
Azrul menolong aku untuk mandi dan ke tandas . Tatkala itu,punggungku mula berdarah dan mengalami masalah luka di kawasan punggung kerana terpaksa mengesot.Badan ku sakit dan aku sentiasa deman.Ku lawan sakit dan beban di jiwa ini.
Tatkala aku mulai gembira dengan kehadiran temanku Azrul,aku di uji dengan perpisahan .Sahabatku Azrul terpaksa bertukar ke Sabah mengikut isterinya yang bertugas di sana.Dulu aku tak pernah rasai kesedihan berpisah dengan sahabat.Tapi kini hati ku begitu sayu atas perpisahan ini.Kemudian aku tinggal bersendirian kembali .Perpisahan itu menyebabkan aku mula bersemangat untuk membuktikan kemampuan ku sebagai orang kurang upaya yang berdikari.
Aku mula melatih pasukan bola sepak sekolahku.Tahun pertama aku mengajar bola sepak, aku mahu membuktikan sesuatu.Maklum le aku hanya seorang guru kurang upaya.Setiap petang aku turun ke
Tahun pertama sekolah kami dapat memberikan tentangan yang hebat pada pasukan lawan pada peringkat kumpulan.Dulunya Pasukan Sk Jabor hanya pasukan belasahan.Namun kini mereka boleh di banggakan dengan gaya permainan mereka.Pernah aku dengar cerita dari orang kampong di situ,kalau Sk Jabor main silap-silap 10-0 pun boleh kena.Namun tahun ni sekurang-kurangnya satu kemenangan,sekali seri dan satu kekalahan.Kalah pun dengan Sk Baluk Makmur yang terkenal dengan bola sepak ye.
Aku nampak keceriaan pada anak didik atas prestasi mereka.Puas hati atas usaha yang aku curahkan.Pada hari pertandingan aku tiada kenderaan untuk ke sana.Semasa perlawanan di sambung pada waktu petang aku meminta pertolongan jiran sebelah untuk menghantar aku ke sana.Jiran ku ini, pada aku seorang yang sangat ikhlas.Banyak kisah budi baik mereka yang tak dapat aku ceritakan di sini.Cukup sahaja lah Allah s.w.t yang membalas jasa mereka.
Pada tahun kedua 2004 aku sudah menyiapkan pasukan yang agak bagus.Kali ini, kami sudah ada pengalaman.Namun tahun ni perlawanan hanya di ada kan sembilan sebelah.Aku sekali lagi tidak dapat menghantar mereka walaupun aku seorang jurulatih.Namun aku berdoa semoga mereka berjaya.Dengan menggunakan telefon bimbit sahaja yang dapat ku bertanya tentang prestasi mereka di sana.Akhir ye aku dan pasukan yang di bentuk berjaya ke separuh akhir.
Saat yang mendebarkan kerana di separuh akhir kami bertemu dengan Sk Bukit Sekilau .Sekolah Bandar pertama saingan kami.Segala kemudahan yang bagus.Bilangan murid yang sangat ramai.Sekolah gred A dan kami hanya gred B.Aku berdebar menunggu keputusan.
Akhirnya aku akur pasukan ku kalah di tangan Sekolah Bandar itu dengan jaringan 1-0.Aku sedih namun berbangga,”dalam jeritan detik hati ku” “Sk Jabor boleh”.
Sudah hampir 3 tahun aku menabur bakti di Sk Jabor.Biar aku ceritakan serba sedikit tentang diri ku di sini.Untuk pergi ke sekolah agak jauh juga dari rumah.Pagi-pagi aku menyusuri jalan dengan berkerusi roda.Pagi-pagi aku sudah mengelak tahi lembu yang bertaburan di jalan yang aku lalui.Macam mana aku elak pun ,pasti kena.Jalan yang tidak berturap dengan baik sememangnya memberikan kesusahan untuk aku mengawal pengerakkan kerusi roda.Batu-batu kerikil sering menyebabkan tayar ku pancit.Bayangkan lah untuk mengawal kerusi roda yang sudah pancit.Aduh! keluh hati ku.Sampai di sekolah aku perlu membersihkan tayar yang sudah di kotori oleh najis lembu sebelum masuk kelas.Walaupun setiap hari aku melaluinya aku redha,demi anak didik yang aku kasihi ,aku gagahikan jua.
Walaupun aku hanya Cikgu Muzik aku tetap bersyukur.Sekurang-kurangnya aku dapat membina keyakinan diri dan sahsiah yang baik melalui Pendidikkan Muzik.Sememangnya mata pelajaran Pendidikkan muzik tidak di pandang penting.Kadang-kadang, ada yang memperlekehkannya. Biarlah apa kata orang.Apa yang penting niat kita.Melalui Muzik aku lihat murid-murid berminat untuk ke sekolah.Kepala yang pening dapat di kurangkan bila tiba waktu muzik.Aku senang hati dengan apa yang aku berikan.
Sepanjang aku di
Dua orang mendapat 5 A.Budak pejabat di sekolah berkata ,ini berkat aku di
Orang-orang kampung di
Jodoh ku dengan sk jabor tidak panjang.Aku di minta oleh ibu untuk mengajar di di kampong ku.Kesian di hati ku ini kerana, setiap minggu ibu dan ayah datang untuk melihat ku.Pasti mereka sudah letih berulang-alik setiap minggu ke Kuantan.Sayang rasa ye, aku nak tinggalkan sk Jabor ini.
Namun apa boleh buat.Aku pun meminta untuk bertukar ke sekolah tempat ku.
Tak ku sangka.Bertukar nya aku ke sini penuh dengan rahmat dan hikmahnya.Aku bertemu jodoh dengan insan yang paling ku sayangi.Walaupun diriku berkeadaan orang kurang upaya namun masih ada yang sudi.Inilah saat indah di dalam kehidupan aku.Aku melangsungkan perkahwinan hanya secara sederhana.Niat murni isteri ku untuk menjaga aku sepanjang hayat dirinya amat ku syukuri.Hati yang mulia di milikinya pada aku, setaraf dengan Siti Khadijah walaupun nama Siti Nor Azizah.Pada tanggal 31-01-2006 aku dan dia disatukan dengan ikatan suami isteri. .Satu Muharram menjadi saksi perkongsiaan hidup dua insan. Hati ku menangis dan semangat ku kian membara.
Namun baru 14 hari aku berkahwin, aku di uji sekali lagi.Aku di hina oleh manusia yang ku anggap sahabat.Hanya kerana sebuah meja aku di hina.”nasib baik ko macam ni,kalau tak………”itulah kata-kata yang aku ingat sampai ke hari ini.Masih tergiang-giang di telinga ku.Aku menangis dan mujurlah ada isteri yang memahami perasaan ku ini.Kata-kata semangat dari isteri aku jadikan azimat.katanya Allah S.W.T.maha mengetahui,biarlah Allah sahaja yang membalasNya.Aku mula bersemangat seminggu kemudian.Aku tanamkan tekad dan ketekunan dalam hati.Lupakan apa yang berlaku.Tak guna hidup dengan orang yang angkuh dan sombong.Aku rasa itu sahaja pengalaman yang paling pahit pernah aku rasai.
Sejarah lembaran baru penuh gemilang bermula di sini.Aku di tugaskan di Sk Mempaga 02.Sekolah gred A yang mempunyai visi dan misi.Macam mana le penerimaan cikgu-cikgu di sana.Tahun 2005 aku memulakan tugas,harap diri ku di terima dan tidak menyusahkan mereka.Aku di beri tugas sebagai guru muzik sepenuh masa.Tugas pertama ku melatih pasukan nasyid sekolah.Sk mempaga 02 semasa itu tiada peralatan dan kemudahan untuk melatih pasukan nasyid.Murid-murid nya pula tidak pernah terdedah dengan nyanyian nasyid.Satu tanggungjawab yang berat.Namun ku pikul jua.Apa yang paling bagus di sini ialah sikap Guru Besarnya.Dia sentiasa menyokong apa yang aku lakukan.Semoga Allah S.W.T dapat membalas budi baik beliau.
Tahun pertama aku hanya menggunakan minus one sahaja.Tiap-tiap petang aku mengadakan latihan.Vokal dan tempo di beri perhatian.
Mereka jarang menyanyi,tugas untuk melahirkan nyanyian yang bagus bukanlah tugas mudah.Akhirnya pada hari pertandingan peringkat zon kami kecundang.Tapi banyak perkara yang aku belajar dari sini.
Masuk tahun 2006 Guru besar membelikan bongo.Dari titik permulaan inilah, nasyid sekolah sk mempaga 02 berubah.Pada peringkat daerah kami mendapat tempat keempat.Satu pencapaiaan yang di kenang oleh aku dan anak didik.Usaha kami berterusan pada tahun 2007.Tahun ni kami berusaha lebih gigih.Wang ringgit,masa,tenaga di gunakan sepenuhnya.
Setiap petang kami berlatih hampir-hampir 5 bulan.Ada kalanya sampai demam.Murid-murid setiap petang ku ambil dan ku hantar mereka pulang ke rumah .Takut murid-murid keletihan.Susah aku nak ceritakan pergorbanan mereka di sini.Biar le Allah sahaja yang mengetahuinya.
Pada hari pertandingan kami berusaha dengan baik.Sk Tunku Fatimah dan Sk Bukit Piatu adalah dua SKyang sering menjuarainya.Setiap tahun hanya kedua dua buah sekolah ini sahaja yang menjadi pilihan.Tahun ni persiapan kami lebih baik.Saat mendebarkan di tunggu.Namun aku akur bila di umumkan kami hanya mendapat tempat kedua dengan sisihan markah yang sedikit.
Mungkin tiada rezeki kami untuk ke Peringkat negeri.Murid-murid ada yang menangis.Maklum le ini tahun akhir mereka di Sk mempaga 02.
Kebanyakannya sudah di tahun 6.Aku turut sedih dan mengeluarkan air mata.Malam tak boleh tidur akibat dari kekalahan itu.Semangat ku jatuh menjunam.Namun kerana jiwa kental sebagai pendidik ia dapat ku atasi.Lagu biarku menjadi lilin dari Pelangi membakar semangat ini semula.
Akhir tahun 2007 semasa cuti sekolah aku telah memanggil pelatih baru.Bulan 11 dan 12 semasa cuti sekolah ku jadikan masa untuk berlatih.
Mungkin kerja gila pada sesetengah orang.Masa cuti yang sepatutnya dihabiskan bersama keluarga, di isi dengan latihan nasyid.
Namun komitmen murid-murid dan ibu bapa menambahkan kekuatan pada diri ini.Aku yang sepatutnya menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur setiap enam bulan sekali,terpaksa ku batalkan.Biar diri ini sakit ,asalkan jangan sakit bila mendengar pengumuman keputusan nanti.Masuk tahun 2008 semuanya sudah tersedia.Setiap hari kami melakukan latihan.Tidak kira siap atau malam.Masa rehat tiada lagi buat diriku ketika itu.
Pada hari pertandingan di SM Teknik Bentong kami mempersembahkan satu persembahan yang sangat mengusik jiwa.
Dengan alat muzik yang lengkap dan teknik vokal yang cukup bagus akhirnya buat pertama kali SKM 02 berjaya menjadi juara daerah Bentong.Pelajar-pelajar ku berlari mendapatkan aku setelah keputusan di umunkan.Setiap pelukan mereka adalah semangat bagi ku.
Aku menitiskan air mata kegembiraan di atas kejayaan itu.
Kemarau pertandingan persembahan bagi SKM 02 berakhir dengan kejayaan pada hari ini.Setiap anak didik ku renung dalam-dalam.Ada aura pada mereka dapat ku rasakan seperti Mawi World.
Walaupun bukan
Tahun tersebut pertandingan nasyid peringkat negeri akan di adakan di Kuantan.Punyalah seronok anak didik aku.Namun ada misi peribadi ,iaitu membawa nama daerah Bentong ke sana.Mampukah aku dan anak didik menghadapi saingan yang lebih getir.Setelah semuanya kelemahan di perbaiki kami pun bertolak ke kuantan.Pada hari pertandingan pasukan kami mendapat giliran yang ke 11.Dapat di lihat di sini setiap pasukan yang bertanding mempunyai persediaan yang cukup baik.Aku amat tertarik dengan pasukan dari SK Bandar Pusat mewakili daerah Maran.Saingan kali ini pasti sengit.
Tibalah giliran kami membuat persembahan.Aku sendiri terkejut dengan alunan yang mengasyikan di dendangkan oleh mereka.Satu tepukan yang gemuruh dari hadirin yang setiap kali gimik yang kami lakukan.Persembahan kami di akhiri dengan sekali lagi tepukan yang membuat hati ku sendiri terharu.
Setelah keputusan di umunkan kami hanya berjaya mendapat tempat ketiga.Ini adalah permulaan yang baik bagi aku dan anak-anak didik.Kali pertama ke peringkat negeri kami telah melakar sejarah.SK mempaga 02 mula mencipta nama.Inilah titik tolak perjuangan aku dalam bidang irama nasyid ini.Banyak perkara yang aku dapat pelajari dari Kuantan.Tahun depan dan mungkin esok aku terus berusaha untuk kejayaan akan datang.
Untuk tahun 2009 kami masih menjadi johan daerah.Pasukan nasyid sekolah kami di geruni lawan di daerah Bentong.Pada peringkat negeri kami hanya mendapat tempat keempat.Apa yang pasti kami kalah dengan Juara sebenar.Tahun 2009 juga negeri Pahang menjadi Johan Nasyid peringkat Kebangsaan.Aku berbangga walaupun bukan sekolah kami yang menang.Tapi ia adalah pencapaiaan terbaik para pencinta irama nasyid di Negeri Pahang.
Selain dari pasukan nasyid aku sendiri juga banyak terlibat dalam pertandingan program doktor muda.Banyak kali kami memenangi hadiah dari usaha yang di jalankan.Antarnya sajak,buku informasi dan sebagainya.Doktor muda SKM 02 juga turut di geruni lawan dari sk lain.Cuma aku tak berminat nak ceritakan di sini.Maklum le banyak juga.
Bidang yang aku ingin beri tumpuan adalah Pendidikkan Muzik.
Aku juga di lantik sebagai ketua panitia pendidikkan muzik.Segala fail telah ku kemas kini.Pendidikkan Muzik di Skm 02 aku naikkan tarafnya sebagai antara mata pelajaran yang sering memberi sumbangan pada sekolah,daerah dan negeri. Aku sering berdoa, ku harap dapatlah kiranya aku mendapat teman yang sealiran dengan minat ku di sini. Mendidik melalui muzik.Mungkin cikgu baru yang sama opsyen dengan aku.Kalau berdua tak le susah aku untuk sama-sama berjuang.
Aku juga sering menjadi hakim jemputan.Tidak kira dari daerah Bentong dan daerah yang lain di sekitar Pahang.Malahan di hospital Kuala lumpur pun aku sering di panggil.Pernah pada satu masa aku dan isteri hampir kehilangan nyawa.Sedikit aku ceritakan di sini.
Aku menjadi ketua hakim untuk satu majlis festival Nasyid Negeri Sekolah2-sekolah Agama Pahang di Pekan.Acara itu di jalankan pada waktu malam.Aku hanya berdua dengan isteri kesana.Semasa perjalanan pulang,aku keletihan. Aku menyuruh isteri ku memandu.Aku ingin tidur kerana esoknya aku akan menduduki peperiksaan PTK.Dalam keadaan yang letih pada pukul 3 pagi ,isteri ku tertidur semasa memandu.Kereta kami ke tepi dalam keadaan laju.Aku tersentak dan terkejut.Mujurlah aku tersedar kerana aku cuma tidur-tidur ayam.Cepat2 aku memegang streng dan mengawal dalam keadaan isteri yang masih tertidur. Kereta kami hampir terbabas.Mujurlah dengan kawalan tersebut menyebabkan kereta dapat di kawal semula.Sebuah bas express dengan lajunya memotong dari belakang.Jika tidak mungkin pokok2 besar itu di rempuh atau bas tersebut merempuh kereta.Aku berhenti dan mengucapkan syukur.Isteri tak henti2 meminta maaf.Biarlah kataku,bukan salah dia pun.Itu pun dia sanggup menemani aku kemana sahaja aku pergi.Akhirnya aku sendiri yang memandu pulang ke rumah .
Selain dari tugas di sekolah.Aku juga memikul tugas -tugas aktiviti2 di luar.Antaranya Pengerusi Persatuan Orang-0rang Cacat Bentong.Kadang-kadang sampai pukul 3 pagi masih ada yang menelefon untuk meminta bantuan.
Tugas sebagai pengerusi persatuan ini sememangnya memenatkan.Semua ahli-ahli persatuaan harus di layan dengan saksama.
Selain itu juga aku merupakan ahli jawatankuasa Perwira K9 Malaysia.Banyak aktiviti yang telah ku jalani.Antaranya perlawanan bola keranjang berkerusi roda,tenis berkerusi roda dan bermacam-macam lagi.Di tempat aku juga saya melibatkan diri dengan aktiviti program2 belia.
Aku juga merupakan kaunselor di Hospital Kuala lumpur.Memberi nasihat dan semangat kepada pesakit2 di wad yang pernah mengalami nasib serupa ku.Cuma bezanya aku sudah lama dan mereka baru menempuhinya.Kadang2 aku dan pesakit sama2 menangis untuk memberikan semangat di dalam hating masing2.Aku juga telah mencipta lagu dan lirik untuk Jabatan Rehabilitisi Hospital Kuala Lumpur.
Selain nasyid, aku juga terlibat dalam pertandingan kompang.Contohnya saku dan pasukan telah memenangi Pertandingan Kompang Selawat Daerah Bentong pada tahun 2009 dan mewakili daerah Bentong ke Pertandingan Negeri di Daerah Bera.Sepatutnya kami mendapat tempat kedua pada peringkat negeri.
Namun di batalkan atas lagu yang tiada unsur selawat.Nak buat macam mana,lagu yang ku buat itu tak diterima .Lagi pun, aku tiada pengalaman dalam pertandingan kompang selawat.Rasa sedih juga,atas apa yang berlaku.Sedangkan dengan latihan setiap hari dan semasa persembahan ,kami dapat memukau penonton dan para hakim.Dengan alunan tepukan dari kompang sangat menghiburkan.Namun itu semua rezeki dan tiada tuah buat masa tu.Tahniah untuk anak2 didik ku ,rakan-rakan seperjuangan dan ibu-bapa mereka.
Detik sejarah pada malam itu sentiasa ku kenang bersama isteri,rakan seperjuangan dan anak-anak didik.Pada malam tersebut keputusan di umumkan.Sebelum keputusan di umunkan.Nampak keyakinan pada anak-anak didik bahawa pasukan kami memang boleh menang.Mereka punyalah seronok.Keyakinan sekurang-kurangnya juara atau naib juara terasa di hati kecil ku..Sampai masa keputusan di umunkan,pasukan kami di batalkan atas sebab kesalahan lagu.Aku tertunduk hiba,mahu je mengalirkan air mata.Cuma segan dengan rakan-rakan dan ibu-bapa pada anak-anak murid ku.Ku lihat mereka menangis.Nampak air mata bertakung di bibir kelopak mata anak-anak didik ku.Setakat tu sahaja usaha kami pada malam ni.Malam tu kami semua bersedih.Masing-masing terdiam tiada bersuara.Selalunya anak-anak murid ku suka membuat lawak.Tapi malam ini semuanya sepi tanpa bicara.
Di sekolah, aku juga menganjurkan aktiviti wajib setiap tahunan.Lebih2 lagi menjelang Hari Kemerdekaan.Pertandingan solo lagu patriotiK dan koir memang acara yang dinanti anak2 didik.Nak tengok semua ini boleh le buka blog saya.Aku juga mencipta lagu dan lirik untuk lorong dadah peringkat kebangsaan 2008.
Tidak lama kemudiaan,awal tahun 2009 saya menubuhkan kelab muzik SKM 02.Banyak aktiviti yang di lakukan.Antaranya bermain kompang di majlis2 kenduri sekitar daerah Bentong dan derah Temerloh.Kelab Muzik juga mengadakan uji bakat suara di sekolah untuk mencari peserta berbakat.Ini adalah projek khas TUNAS NASYID SEKOLAH.Mencungkil bakat anak2 didik.
Dengan berkat usaha saya inilah saya telah di berikan anugerah oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.Pada tahun 2005 saya telah di anugerahkan,Anugerah Khas sempena Hari guru peringkat Negeri.Anugerah ini di atas usaha saya di Sk Jabor (2002 hingga 2005).
Anugerah Perkidmatan Cemerlang 2008.Manakala yang terakhir Anugerah Guru Inovatif Kategori Guru Kurang Upaya Peringkat Negeri Pahang pada tahun 2009.Kesemua anugerah ini telah menaikkan semangat saya.
Terima kasih semua.Hanya Allah yang boleh membalasnya.
Itulah serba sedikit yang dapat saya ceritakan di sini.Kalau nak di ceritakan semua mungkin boleh di buat novel nanti.Sebenarnya masih banyak perkara yang saya tidak dapat ceritakan.Takut2 menguris hati orang lain.Sudah banyak perkara yang sedih dan gembira saya tempuhi sepanjang menjadi insan berkerusi roda ini.Walaupun saya berkeadaan sebegini.Saya ingin berdiri sama tinggi dengan insan normal yang lain. Merasai pahit manis menjadi sesorang PENDIDIK.Terima kasih rakan-rakan seperjuangan.Jasa kalian hanya ALLAH S.W.T yang boleh membalasnya.
SEKIAN
assalamualaikum Cikgu Huzairi
ReplyDeletetahniah di ats kejayaan cikgu
terharu dan bersemangat saya membaca kisah perjalanan cikgu.
Bolehkah saya tahu, bagaimanakh cara untuk menyertai Persatuan OKU fizikal?Terima kasih.
Blog saya;
http://cikgubimbingan-kaunseling.blogspot.com/
waalaikumusalam...terima kasih...cikgu ma poskan alamat...nanti saya hantar borang...nak link cerita tu saya benarkan...saya ni tak pandai sangat dalam blog ni...hari tu nak balas tak reti...
ReplyDelete